Kontinjen Sarawak buru juara Para SUKMA Ke-21
KUCHING: Kontinjen Sarawak memburu gelaran juara sekali gus mengalahkan kontinjen Sabah pada Temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Ke-21 Sarawak di sini pada 22 hingga 28 September ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini bagi menebus kekalahan kontinjen Sarawak kepada kontinjen Sabah dalam Para SUKMA Ke-20 Kuala Lumpur […]
Bina Sarawak berintegriti tinggi
BINTULU: Seiring sasaran mencapai status negeri berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030, Sarawak konsisten dengan matlamat mahu menjadikan negeri ini maju berintegriti tinggi. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman), Dato’ Dr Juanda Jaya berkata, pelbagai inisiatif dilakukan bagi memastikan hasrat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu mampu dicapai […]
Kualiti graduan UTS setanding universiti ternama
KUCHING: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) telah melahirkan hampir 4,000 graduan sejak bermula 2013 dan mencatatkan kebolehpasaran graduan melepasi 95 peratus setiap tahun. Naib Canselor UTS, Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid berkata, graduan terbabit bukan sahaja diambil bekerja oleh agensi dan industri tempatan tetapi juga bekerja di luar Sarawak. “Ini menunjukkan mutu dan kualiti graduan […]
Nilai integriti bentuk kepimpinan pemimpin masyarakat
BINTULU: Kira-kira 50 ketua masyarakat dan ketua kaum daerah Sebauh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena menghadiri kursus integriti, di sini, hari ini. Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap Satuanjuran Unit Integriti dan Ombudsman Jabatan Premier Sarawak. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Stephen Rundi Utom ketika merasmikan majlis itu berkata, […]
KMKK perlu adil laksana tugas
SIBU: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) sebagai pemimpin di peringkat akar umbiharus berintegriti, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab. Pegawai Daerah Sibu, Khalid Andong berkata, KMKK harus adil dan tidak memilih kasih dalam melaksanakan tugas mereka. “Pelaksanaan undang-undang dan peraturan mestilah adil dan saksama,” katanya pada majlis ringkas pelantikan KMKK bagi kawasan Dewan Undangan […]
Pusat Kesihatan Prima UNIMAS dijangka beroperasi September ini
SAMARAHAN: Pusat Kesihatan Prima Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, siap dibina dan dijangka mula beroperasi September tahun ini. Pusat kesihatan harian itu merupakan Fasa Satu Projek Pembinaan dan Penyiapan Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima UNIMAS yang akan menjadi hospital pengajar pertama di Sarawak. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, pusat […]
RM98.9 juta laksana 13 projek
KUCHING: Sebanyak 13 projek di bawah sektor Pembangunan Pelancongan dan Persekitaran Agensi Pembangunan Bahagan Betong (BDDA) berharga RM98.9 juta telah diluluskan. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sektor Pembangunan Pelancongan dan Persekitaran BDDA, Mohd Chee Kadir berkata daripada jumlah tersebut, RM30 juta diluluskan untuk melaksanakan dua projek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar. Peruntukan berjumlah RM28.4 juta […]
Lembaga Pemuliharaan Toronto Kanada tertarik dengan usaha Sarawak
KANADA: Lembaga Pemuliharaan Toronto dan Wilayah (TRCA) Kanada tertarik dengan pelan perlindungan dan pemuliharaan Sarawak yang dikongsikan bersama pada sesi libat urus dan mahu berkolaborasi dalam pelan pelaksanaannya. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata demikian semasa mengetuai rombongan Sarawak melawat TRCA di sini semalam. Lawatan itu sebagai tanda aras untuk mempelajari […]
18 rumah panjang dibaik pulih
TANJUNG MANIS: Sebanyak 208 pintu rumah panjang di kawasan Parlimen Tanjung Manis berjaya dibaik pulih melalui Program Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) tahun ini. Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab berkata, projek itu melibatkan 18 buah rumah panjang di kawasan Sare Utara, Tengah dan Selatan, Kerapa dan Kerubong. Pelaksanaan projek secara gotong […]
SADA lulus 69 projek pembangunan
SIMANGGANG: Sebanyak 17 lagi rancangan projek pembangunan infrastruktur, pertanian, ekonomi dan sosial di bawah Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) kini sudah diluluskan. Pengerusi SADA, Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, projek itu membabitkan kos berjumlah RM166,177,540. “Secara keseluruhan, SADA telah meluluskan 69 projek pembangunan merangkumi pembangunan infrastruktur, pertanian, ekonomi dan sosial berjumlah RM1.3 bilion setakat […]
