MDL pantau kebersihan Bazar Ramadan

LUNDU: Peniaga Bazar Ramadan Majlis Daerah Lundu (MDL) 2025 diingat agarmenitikberatkan aspek kebersihan makanan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, ini bagi mengelak kejadian tidak diingini. “Pemantauan berterusan penting bagi memastikan persekitaran yang kondusif kepada orang ramai,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bazar Ramadan MDL 2025 di […]

MAKSAK Wanita Sarawak bantu penjawat awam sempena Ramadan

KUCHING: Seramai 100 penjawat awam terpilih menerima sumbangan daripada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita Sarawak sempena program Sumbangan Ikhlas MAKSAK Cares di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak malam tadi. Setiap penerima menerima wang tunai RM100 yang disalurkan melalui akaun S Pay Global serta baucar tunai Emart bernilai RM100 setiap seorang. Penyerahan […]

Premier Sarawak hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 di Putrajaya, di sini, hari ini. Mesyuarat lebih dua jam di Dewan Serbaguna, Kompleks Kementerian Kewangan itu bagi membincangkan pelbagai isu dan dipengerusikan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir, semua Menteri-Menteri Besar […]

Lebih 200 daftar SKAS di Daerah Sebauh

SEBAUH: Pendaftaran program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi Daerah Sebauh di Balai Raya Sebauh bermula hari ini sehingga esok. Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Collin Patan telah memantau proses pendaftaran bagi memastikan kelancaran serta memberi sokongan kepada penganjur. Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sebauh, Royston Francis berkata, tinjauan awal di Balai Raya Sebauh mendapati […]

SEDC buka enam Bazar Ramadan

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) membuka enam Bazar Ramadan mulai 27 Februari hingga 25 Mac ini. Perasmian pembukaan bazar itu Pengurus Besar SEDC, Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir di Tingkat 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching di sini. Lima lagi Bazar Ramadan itu ialah di UTC Sibu, Menara SEDC Kuching, Medan Niaga Sri […]

COMAC berminat bantu perkukuh sektor penerbangan Sarawak

KUCHING: Syarikat pengeluar pesawat dari China, Commercial Aircraft Corporation of China Ltd. (COMAC) sedang meneroka peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan Sarawak. Perkara ini diutarakan semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Premier Sarawak, merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Wisma Sumber Alam hari ini. Delegasi COMAC yang […]

RM1.6 juta untuk Sejambak Kasih Aidilfitri

KOTA SAMARAHAN: Seramai 16,118 penerima di seluruh Sarawak menerima bantuan sempena Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2025 bagi meringankan beban kewangan menjelang Hari Raya. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM1,611,800 bagi tujuan tersebut. ”Penerima bantuan ini melibatkan pelbagai bahagian di Sarawak, termasuk Kuching seramai […]

Terap nilai integriti dalam budaya kerja

KUCHING: Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak disaran menerapkan amalan integriti dalam budaya kerjanya. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, DID Sarawak telah menerima peruntukan tambahan daripada Kerajaan Sarawak bagi memulakan projek-projek pembangunan yang penting di seluruh wilayah ini. Katanya, dengan bilangan kerja untuk DID semakin bertambah, bermakna peruntukannya akan […]

SDGp anjur bengkel pengiktirafan UNESCO Global Geopark

KUCHING: Sarawak Delta Geopark (SDGp) menganjurkan Bengkel Penilaian Kendiri di Hotel Waterfront, di sini mulai 4 hingga 6 Mac 2025. Menurut kenyataan media SDGp, bengkel bagi memastikan semua kriteria ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipenuhi ke arah pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp). Bengkel menghimpunkan agensi di bawah Tadbir Urus […]

Sarawak lancar inisiatif pelancongan di ITB Berlin 2025

BERLIN: Sarawak melancarkan inisiatif pelancongan terbaharunya di ITB Berlin 2025, pameran perdagangan terkemuka untuk pelancongan global.  Majlis berlangsung semalam (Rabu) dirasmikan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Dato Sri Tiong King Sing, bersama pemimpin industri, pihak berkepentingan pelancongan […]